Tuesday, January 27, 2009

Hayshah Family - The Saga Continues.. (Part 1)

Salam semua,


Sepanjang Tahun Baru Cina 2009, Cik Ann menghabiskan masa di Kampung bersama my beloved parents and family. Cuti 4 hari beb! Tak ke mana pun, even cuti lama.Kebanyakan masa yang kosong, Cik Ann berbual dan bersembang dengan mak. Banyaklah cerita2 riwayat dan sejarah silam pasal family hayshah yang mak i ceritakan. Then, I decided to write this article to let other family members know about our origin, and to preserve the history of our family especially our late grandparents, so that it wont be forgotten and remembered by us and our next generations.


Menurut my mum, dulu, arwah nenek dan atuk (Siti Aisyah dan Hayroni) bukanlah dari golongan orang yang senang. Arwah atuk pun tidak ada pendapatan tetap. Mereka sekeluarga duduk di sebuah rumah kayu di belakang kampung. Kalau nak tengok gambarnya, ada diabadikan oleh Wak Din (hasil karya Opah Intan). Ziarahlah rumah mereka di Shah Alam kalau nak tengok. Arwah nenek turut membantu keluarga dengan menoreh getah di kebun. Time tu, Wak Wedok lah yang tolong arwah nenek motong getah. It means, dua generasi, (arwah nenek dan my mom) kedua2nya sama-sama menjana pendapatan keluarga. Hasilnya, patutlah dalam family hayshah, kebanyakan wanitanya berkerjaya. Follow their footsteps gamaknya. Wak Wedok ada bagitau, time tu, lauk yang biasa diorang makan sama ada kuah lemak or ikan masin dengan nasi putih (sebab kelapa banyak agaknya). Memang sangat sederhana. Beza lah dengan kita sekarang.Kalau boleh 10 lauk atas meja...


Lepas my mum kawin dengan my dad, my parents moved duduk kat umah sebelah umah Wak Saroji. Time tu, my mom kata, setiap minggu my dad mesti akan hantar ubi or keledek kat umah arwah atuk and nenek. Every week, my dad merempit naik vespa (time tu, agaknya motor tulah paling stylo, tu pasal my mom tergoda...huhu) g ke umah arwah nenek and atuk. Kita sekarang, bukan vespa lagi, keta hebat2, nak balik kampung seminggu sekali pun susah (termasuk lah Cik Ann.. huhu). Apalah nak jadi ek?


Pastu, dapat tender buka kantin di sekolah Sri Tanjung selama 7 tahun. Time tulah baru ada chance nak kumpul duit sket. Dapat lah beli tanah sket. Time tu tanah murah gilerrrr.. Boleh bayangkan, arwah nenek beli tanah kebun cuma RM100? Hehehehe.. Sekarang, RM100, tanah kubur pun belum tentu dapat.. Tapi, tanah kubur free laaaa... Ahaks!


Pastu my mom ada cakap jugak, arwah Atuk berasal dari Indonesia, Jawa Tengah. Katanya lagi, Wak Din, lepas dapat upah buat masjid Kg Sg Pinang, di Kapar, dia ada tanya kat arwah Atuk, nak g haji dulu ker or nak g Indonesia dulu, dia nak sponsor (sebab ada saudara-mara arwah atuk yang masih ada di sana). Arwah atuk kata, "kalau belum pergi haji, aku tak nak gi tempat lain dulu". Jadi, arwah atuk pun get ready lah untuk menunaikan Haji. Time tu, sapa-sapa yang nak menunaikan haji, kena naik kapal laut, 3 bulan pegi, 3 bulan balik. Lama kan? Lama tu nenek tunggu atuk.. Setengah tahun tuuu.. Unfortunately, sad but true, arwah atuk tak balik2 pas tu, sebab beliau lebih disayangi Allah dan meninggal di kota Makkah. Isk!Isk! AlFatihah untuk arwah atuk dan nenek..


My mom citer setakat ni jer.. kalau ada sapa2 boleh bagi input tambahan, atau mengkoreksi fakta2 yang silap, sudi2kanlah, untuk memastikan sejarah dan cerita hayshah family adalah yang benar2 berlaku sahaja, untuk dikongsi dan disebar pada generasi akan datang. Insyaallah, kalau ada kelapangan, saya akan sambung cerita ini.

1 comment:

Anonymous said...

hazard http://www.webjam.com/kitchencabinets http://www.webjam.com/slipcovers http://www.webjam.com/polarmonitor http://www.webjam.com/popcornmachines http://www.webjam.com/garagedooropeners