Wednesday, December 24, 2008

I am back and free!!!

Salam semua,

Akhirnya, berjaya juga ku sudahkan xm ku.. Sekarang tinggal fokus pada assignment dan jugak project paper.

Untuk makluman, sambil2 I siapkan project paper, I ada buat sales sikit2. Jual baju2 Sri Munawwarah. Baju t-shirt labuh paras lutut. Ada size S to XL. 4 kaler. Bantu member2 bisnes.Boleh la beli. Chantek dan simple, kainnye pun best. Kat luar RM39.90. I jual RM35 jer.. Sedara2 ku yang berminat bolehlah kontek2 I. 012-2929269 or 019-2647640.

Kaylah. Jumpa lain kali. Babai!!

Tuesday, December 16, 2008

Aina

MyHeritage: Look-alike Meter - Dynasty - Family search



nie...pengantin kecik.....camne???ok??

Saturday, December 13, 2008

Doakan kejayaanku..

Letihnya baca buku..
Exam hall yang menyeramkan..
Salam sumer,

Insyaallah, 17hb dan 20hb Disember ni, Kak An akan bertempur untuk peperiksaan final sarjana (LLM) dalam pentadbiran undang-undang Islam di UIA. Minta semua tolong doakan kejayaan saya. TQVM.

Insyaallah, pencarian ilmu saya mungkin tak akan tamat di sini. Berkat doa semua orang, insyaallah akan ku teruskan sebelum mataku tertutup buat kesekian kalinya.

Tuesday, December 9, 2008

Diari 1 - Happy Scary Birthday to Iman

Salam semua,

Heheheheh.. Kelakau la bila ingat party harijadi Iman, anak Kak Wa yang kedua.. Sejak2 program surprise untuk Nenek Nil itu hari, saja la nak meneruskan program2 surprise ni. Jadi, masa birthday Iman on 7hb Dis 2008, Kak An beli la kek cantik untuk Iman. Sebelum kitorang surprise kan dia, kitorang main tutup2 mata dan carik orang. Penat lah kitorang mintak Iman tutup mata, dia tak nak2, sampai merajuk minah tu.. Bila dia dah merajuk, kitorang pun nyanyilah ramai2. Punya lah terharu dan terkejut, sampai melalak2 tak hingat dunia.. heheheh... elok2 nak wat happy birthday, jadi scary birthday.. hahahaha...

Agaknya,kalau 20 tahun lagi, Iman boleh baca tulisan Cik An ni, tentu dia malu dan sengih sensorang.. Hahahahah.. Apapun, Happy Scary Birthday lah Iman!!! Hip hip hoorayyyy!!!


Itom tengah mencari mangsa masa main tutup dan cari..

Turn Ika pulak cari mangsa..

Birthday girl merajuk..
Kek Iman yang cantik..

Birthday girl dah bertenang..

Pheewitt!!! Atuk dan Nenek mengimbau kenangan lampau, makan bersuap.. hehehhe..

SALAM AIDIL ADHA 1429H/2008


Salam semua,

Lama tak menulis di blog ni, sejak2 Kak An ada blog baru.. kalau rajin, adik2 semua bolehlah singgah di nurhanisalwa.blogspot.com. Semalam baru jer lepas semua umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Adha. Kat kampung jer, 7 ekor lembu tumbang.. masing-masing nak berkorban.. Alhamdulillah..

Tahun ni, tak sempat nak fikir cari lembu, jadi kebetulan sahabat baik Kak An, Ustaz Muhamad ada program korban di Kemboja, jadi terus lah kirim 4 bahagian untuk korban kat sana.. lagipun, rasanya, lebih baik korban di sana, sebab penduduk di sana miskin.. kat Malaysia ni, kita agak mewah. Hari2 dapat makan daging, ikan, telur.. Alhamdulillah.

Tahun ni, Kak An buat sembahyang raya berjemaah di rumah dengan kaum2 ibu dan anak2 buah kitorang. Rasa syahdu gak masa alunkan takbir dengan diorang.. pertamanya, sebab terasa masa berlalu cepat sangat.. dah besar dah anak2 buah kak an, dah pandai solat dan takbir raya. keduanya, sebab rasa kak an dah makin tua, tak tau apa yang diri ni dah korbankan untuk Islam.. isk!isk! Alhamdulillah.. kerja di Majlis Agama Islam.. mungkin dapat la bantu Islam sedikit sebanyak, walaupun tak banyak mana..

Maybe adik2 dan saudara2 kak an semua, boleh mula fikirkan apa yang kita nak korbankan untuk Islam.. Pengorbanan ada 5 peringkat; untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk negara dan untuk ummah.. Sempena raya Qurban nih, boleh lah kita renung sejenak apa pengorbanan kita untuk kelima2 peringkat pengorbanan. Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang berkorban untuk Islam.. Aminnn..

Berkorban apa saja, Harta atau pun nyawa, Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia....
(Lirik lagu Berkorban Apa Saja oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)

Friday, November 28, 2008

final exam is coming!!!

rasanya baru jer buat surprise party kat umah cik nil... pastu, sibuk2 dengan keja di pejabat yang tak pernah selesai.. tup tup.. dah kena prepare untuk final exam.. hush... rasa macam tak cukup masa 24 jam yang Allah bagi sehari semalam.. assignment kena submit, dead line 30 November, sebaris pun tak buat lagi.. huhuhuu...

Tapi kena commit juga, apa benda pun yang kita buat. paling penting, management of time..dan plan of action and action for the plan. kalau dah wat perancangan canggih2 pun, tapi tindakan pelaksanaan tidak dibuat ikut perancangan, tak jadik juga.. macam juga plan nak wat surprise party, kalau tak ada yang rancang, dan buat macam dirancang, plus kerjasama yang baik dari semua hayshah family, rasanya tak adalah air mata kegembiraan cik nil menitik malam tu.. terima kasih la buat semua yang komited nak gather, walaupun last minute punya perancangan.. u all memang cool! apapun, perancangan kita buat, yang akhir dan yang paling baik, adalah perancangan yang Allah tentukan untuk kita.. wamakaru wamakarallah, wallahu khairul makirin, maksud ayat, dan mereka merancang, dan Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik2 perancang..

Anyway, to all, pls pray for my success. doakan saya dapat bersedia dan jawab final dengan baik. Maybe on 17th and 20th Disember 2008. Luckily, only 2 papers for my final semester, so, harap dapat prepare awal.. insyaallah, kalau sempat nanti saya menulis lagi..

plan nana untuk gather cuti sekolah ni best juga. boleh pegi dekat2. any ideas?

Sunday, November 23, 2008

the peektures!









gamabr2 di sekitar party surprise tuh... hanya dpt upload sedikit jerk... yang lain2, mintak kat nina ek...! pasti akan diberi! hehehe... selamat melihat gambar2 nih... :)











































terima kasih semua!



"terima kasih semua" adalah topik untuk ari nih.... hehehe...

wah... susah betul nak surprise kan mak kite nih... ajak kuar, tak nak lgsg... so, terpaksa la guna cara kotor... abah blk dr surau buat2 kelam kabut kata ada org nak dtg. mak pun ingat org surau nak dtg dan bergegas naik atas dan sembahyang... dalam masa mak sembahyang tuh, semua kerabat haysyah, masok diam2 dan terus menyanyikan lagu 'happy birthday'... dah abiz nyanyi nih, tapi, bday girl still tak turun lg... hish! *apa yang dia buat kat atas?*

afta beberapa minit tuh, dia turun dan kami menyanyikan lagu 'happy birthday' tuk kali kedua... tetiba, mata aku berkaca plak! adeh! aku sgt gembira bila tgk mak gembira! mana tak nyer, dr abg, kakak, adik, ipar duai, anak buah, cucu dan semua lah, dtg wat surprise tuk dia! besh wo! sgt terharu! hehehe...

ini adalah hari jadinya yg ke 50tahun... muda lagik! lek lu! haha... majlis diteruskan dengan doa dan seterusnya, makan time! yeah! aku, kakak dan shida mmg tak makan la... dok melayan nak hidang makanan... abis semua pinggan mangkuk keluar! fuh~ agak ssh nak wat surprise nih... benda berlaku tanpa plan kan... semua redah jerk! so, mmg ssh la! but, anything for u mom! haish!

sekali lagi, terima kasih bebanyak kepada semua ahli keluarga haysyah yg telah wat surprise tuk mak kite! really appreciate it!!! thanx for the food, present, cakes, happiness, jollity dan segala2nya! lah... dah tak terkata nih....! haysyah fam's is rock!!!! yeah! muahx!

luvs;

nina.

Monday, November 17, 2008

cuti dan exam

huhuhuhu..pejam celik,pejam xcelik2, dah ujung taun.musim exam n musin cuti sekolah.kepade sedare mare, abg,akak n adek2 yang sedang berusaha untuk exam, yang sudah selesai exam dan akan exam, diucapkan selamat berusaha dan selamt maju jaya..kepada yang dah lepah tempoh xam nih same2 lah kite doakan kejayaan mereka yg sedang berusaha ae..
ha.sempena cuti sekolah nih ade lah beberape cadangan utk adekan aktvt bersame cam g bercuti sesame kite.jln2 lah memane.hehe..amacam?mau ka xmau?meh la kite bincang.tp tnggu sume abes exam dlu lah kalu bleyh.lan terase ati lah plak..huhuhu

Friday, October 24, 2008

weehu

dari kanan : nurhani salwa , sazlina, shahidah , raihana jamilah , ellyana

Selamat Hari Raya!

1 Syawal - hari raya idulfitri
Baju raya habis ku balun mlm raya jahit sana , jahit sini,cian adik22 aku ni...raya taun ni penat sgt rewang mak aku masak tuk munjung kat pakcik2 aku.penat gila.siap kemas umah bagai.ku belikan langsir tuk mak aku.heheh.cik nil pun senyum yeah.berjaya wat mak ku senyum.tahun ni cik conil masak babat,ayam kicap n sayur hebat...nyum...nyum...hebat!

24 Syawal-hari raya idulfitri
Mentang2 pose sebulan raya pun nak sebulan ni.Adoi..penat gak nak melayan perut bagi penuh.tanggal 11 Okt 2008,openhouse kat umah paman ku yg bongsu PAMAN IZZI ku panggil,makan makanan jawa beb..ayam kicap bagai , paling enak sekali haruslah sambal udang petai ku balun bersungguh,dan tak lupa gak pada nasi minyak yang makcik aku wat...NYUM...NYUM....tank penuh releks jap...balun kuih plak..
TAPI...saudara semua ingat x yang kita tak p lagi umah paman kita yang kat kg delek tu...cian kat dia. mesti menanti kedatangan kita.zaman bila plak kita nak pi..marilah!harap maklum ye..
Tapi tahun ni raya x semeriah dulu2...taun ni raya kena bagi duit raya..tapi ku x mampu nak bagi sume orang lagi...hanya yang tertentu je..bagi yg dpt duit raya drku TAhniah ku ucapkan..
Kepada Kak an,kepada datin Rahmah,terima kasih banyak2 ku ucapkan kerna aku yg gabak ni pun dapat duit raya lagi..besh je rasanya..huhu..

Wednesday, October 22, 2008

Salam sume saudara mara ku..
dah bbrape mnggu kite beraye, hadir ke rumah saudara mara sume.
harap ukhwah n ikatan antara kite kekal sampi bile2.

Pape pon selamat hari raya, maaf zahir dan batin diucapkan kpd sume..

p/s : mkn igt2 ae.nnt dah sbln diet naek mndadak balek..hehehe

Wednesday, September 24, 2008

Malam 25...

Salam semua sedara maraku yang diingati..

Pejam celik, pejam celik dah 24 hari kita puasa. Means, dah 26 hari sejak kita punya haysyah family day.. rasa sekejap sangat.. tak sedar masa berlalu.. cepat sangat.. rasa macam baru jer main tiup2 belon dalam air dengan u alls dan baling kelapa.. tup tup, lagi lebih kurang 5 hari nak raya.. Isk!

Harap2 kita semua dapat memanfaatkan setiap hari di dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat jaga puasa ajer, ibadah2 lain pun kena jaga juga.. especially solat, kena jaga, yang sunat pun buat. Lebih baik kalau berjemaah, yang lelaki di masjid, yang perempuan di rumah. Yang bujang pulak, rajin2 lah ke masjid, nanti dah kahwin, dah sibuk dengan family, anak2, susah nak spend masa untuk ke masjid. Qiyamullail pun buat, especially 10 malam terakhir.. sebab ada malam bonus untuk semua yang berjaga malam. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.. mana ada company nak bagi 1000 bulan bonus? Lingkup la company tu.. hehhehehe...

Zakat fitrah jangan lupa pulak. Pasal zakat fitrah ni, Cik Ann nak kongsi satu benda. Kadar fitrah Selangor RM5.20. Itu sebenarnya kadar minimum fitrah, setelah diambil purata harga beras yang dimakan oleh semua umat Islam di Selangor, sama ada yang kaya atau miskin. Kalau diikutkan pada pendapat ulama fekah yang kuat, harga fitrah yang sepatutnya dibayar adalah harga sekilo beras yang biasa dimakan oleh seseorang dan didarabkan dengan 2.7kg. Contohnya, kalau sekilo beras yang keluarga Dato' Din makan berharga RM5, maka kena darabkan dengan 2.7kg, jadilah nilai sebenar fitrah untuk seorang ahli keluarga Tuk Din Rm13.50. Kalau macam Wak Mah dan Tuk Janggut, katalah harga beras yang biasa kitorang makan bernilai RM4 sekilogram, kali dengan 2.7kg, jadilah harga fitrah seorang ahli keluarga Wak Mah dan Tuk janggut RM10.80. Kalau nak faham lebih lanjut, layari ustazamin.com. adalah penerangan lebih lanjut pasal kadar fitrah. jadi, sapa2 yang berasnya lebih mahal, kena lah bayar lebih..

Mmmm.. enough for zakat fitrah.. jangan lupa, raya nanti, kita baraan raya kedua, cuma maybe tak banyak umah sangat nak ziarah.

Cik Ann cadang, kita ziarah kubur nenek ramai2.. sedekahkan fatihah untuk nenek.. maklumlah, first time raya tanpa almarhumah.. Huhu.. sedih la plak.. Al-Fatihah..

Kaylah. Insyaallah, ada masa Cik Ann menulis lagi. Harap2 sedara mara semua rajin2 lah baca... Sampai ketemu lagi.. Daaaaaa...

Friday, September 19, 2008

Assalamualaikum W.B.T..
Syukur kehadirat ilahi dengna limpah kurnianya dapat saya sempurnakan blog berunsurkan kekeluargaan yang insyallah akan diselitkan sedikit unsur-unsur nasihat dalam kekeluargaan, hubungan dalam keluarga,teknik mengekalkan hubungan kekeluargaan dan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kekeluargaan. Di harap, dengan wujudnya blog ini, ukhwah antara saudara mara dan ahli keluarga akan lebih akrab. Ia juga sebagai tempat kite berbincang mengenai sebarang aktiviti seandainya hendak mengadakan sesuatu aktiviti seperti hari keluarga yang telah dijalan kan sebelum ini. Dalam blog ini juga akan saya cuba paparkan salasilah keluarga HaySyah ini beserta dengan generasi mereka dalam keluarga ini.