Monday, January 26, 2009

Memori 2 - Ziarah si chomel..









Salam semua,

Saja saya attach gambar2 sewaktu kami menziarahi Akid, (anak Bro Labu) yang kena tahan di wad Hospital Colombia tahun lalu kerana penyakit athma. Seronok tengok Akid yang happy bila sepupu-sepapat dia datang jenguk.

Yang penting, pada Cik Ann, aktiviti seumpama ini kena buat selalu, pertamanya sebagai tanggungjawab yang digariskan di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa hak-hak seorang Islam ke atas seorang Islam yang lain ada 6, dan salah satunya adalah menziarahinya ketika saudaranya itu sakit.

Kedua, untuk menguatkan ukhwah di kalangan saudara-mara.
Ketiga, perlu beri pendedahan kepada kanak-kanak yang chomel ini dari usia mereka setahun jagung, kepentingan menziarahi saudara-mara dan kawan2 yang sakit. Jadi mereka dah biasa.

Keempat, kita dapat beri kegembiraan kepada saudara kita yang sakit, walaupun mungkin hanya sekejap saja. Bukankah menggembirakan hati saudaranya satu amalan yang baik?




Dalam lif hospital pun sempat posing.. Almaklumlah, nak lawat celebriti..


Sibuk nampak kanak-kanak chomel ni, tapi nak tengok Akid ke tengok Aina?


Hmm.. akhirnya diorang dapat kesan sapa yang sakit sebenarnya.. Muka masing2 pun jadi poyo jer, tak tau la sama ada diorang risau dengan keadaan Akid ker, atau kagum tengok topeng Akid yang macam Mask Rider. Hehehe..

Bersungguh2 Itom cuba memahami apa yang diceritakan oleh Akid. Buat2 paham jerlah bang Itom. Bagi feel good kat Akid tu..Banyak dia nak cerita.. lama dah dia dalam wad ni..

Sekarang turn Mama plak cerita..

Keadaan wad yang penuh sesak dengan kanak-kanak chomel..Yang masih hisap susu pun ada daa...

Mengabadikan gambar kenangan di hadapan hospital bersama warden bertugas (Cikgu Jamal) , guru disiplin (Kak Idah) dan tourist guide (Cik Kamel)

Sekian. Moga aktiviti ziarah-menziarahi ini diteruskan.








3 comments:

mohammad shafiq said...

kecoh ye...

mohammad shafiq said...

lain kali buat party la kat wad tu..baru happy akid..

Nurhani Salwa Binti Jamaluddin said...

Yer lah shafiq,

Bila masanya family kita tak kecoh? Masa arwah nenek meninggal pun kecoh jugak, cuma selalu kecoh dengan gelak-ketawa, time tu kecoh dengan air mata.. Huwaaaaa!!