Tuesday, January 27, 2009

Setahun sudah berlalu....

Salam semua,

Pada 26 januari 2009, genap setahun nenda tercinta, allahyarhamah Siti Aisyah Jawahir,meninggalkan kita semua. Al-Fatihah untuk arwah beliau, semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Saya attachkan di sini gambar2 yang sempat saya rakamkan semasa hayat beliau. Sama-sama kita doakan mudah-mudahan roh arwah nenda Siti Aishah dicucuri rahmat.


Nenek tetap ceria menyambut tetamu yang hadir berkunjung ke rumah raya 2007.




Nenek memang suka bersembang. Nenek Kamar adalah salah seorang geng sembang beliau. Time mengurut, tangan mengurut, mulut bersembang. Hehehe..


Nenek menanti tetamu lain hadir.. Mana lah diorang ni tak sampai2... Ngantuk dah ni..


Semasa menziarahi adinda beliau di Teluk Gong pada tahun 2007.
Sapa-sapa yang ada gambar kenangan dengan arwah nenek, share lah kat sini. Boleh la buat koleksi.





1 comment:

Anonymous said...

Al-fatihah.
byk kenangan sefamily besame arwah.
moga rohnya dicucuri rahmat.