Tuesday, December 9, 2008

SALAM AIDIL ADHA 1429H/2008


Salam semua,

Lama tak menulis di blog ni, sejak2 Kak An ada blog baru.. kalau rajin, adik2 semua bolehlah singgah di nurhanisalwa.blogspot.com. Semalam baru jer lepas semua umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Adha. Kat kampung jer, 7 ekor lembu tumbang.. masing-masing nak berkorban.. Alhamdulillah..

Tahun ni, tak sempat nak fikir cari lembu, jadi kebetulan sahabat baik Kak An, Ustaz Muhamad ada program korban di Kemboja, jadi terus lah kirim 4 bahagian untuk korban kat sana.. lagipun, rasanya, lebih baik korban di sana, sebab penduduk di sana miskin.. kat Malaysia ni, kita agak mewah. Hari2 dapat makan daging, ikan, telur.. Alhamdulillah.

Tahun ni, Kak An buat sembahyang raya berjemaah di rumah dengan kaum2 ibu dan anak2 buah kitorang. Rasa syahdu gak masa alunkan takbir dengan diorang.. pertamanya, sebab terasa masa berlalu cepat sangat.. dah besar dah anak2 buah kak an, dah pandai solat dan takbir raya. keduanya, sebab rasa kak an dah makin tua, tak tau apa yang diri ni dah korbankan untuk Islam.. isk!isk! Alhamdulillah.. kerja di Majlis Agama Islam.. mungkin dapat la bantu Islam sedikit sebanyak, walaupun tak banyak mana..

Maybe adik2 dan saudara2 kak an semua, boleh mula fikirkan apa yang kita nak korbankan untuk Islam.. Pengorbanan ada 5 peringkat; untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk negara dan untuk ummah.. Sempena raya Qurban nih, boleh lah kita renung sejenak apa pengorbanan kita untuk kelima2 peringkat pengorbanan. Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang berkorban untuk Islam.. Aminnn..

Berkorban apa saja, Harta atau pun nyawa, Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia....
(Lirik lagu Berkorban Apa Saja oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)

No comments: