Monday, December 28, 2009

Diari - Cherating 2009 Part One

Salam semua,

Lama betul blog ni sunyi. Tak ada sapa nak update stories or upload gambar. Kebetulan Kak An tengah cuti, banyak la masa untuk mengarang.

Kali ni, nak story pasal percutian Kak An, mak tersayang, adik ternakal (Peical), Abang Ari n family, Cik Bu n family dan Kak Idah n anak-anak. Kesian Cik Ajak, Cik In dan Cik Kamel yang nak ikut, tapi tak dapat kerana masing2 ada komitmen dengan karier masing-masing.



Cik Farid poyo berpesan kepada Iman, tetapi Iman macam nak lari jer.. Agaknya takut ayahnya tarik masuk dalam keta, terus tak dapat g Cherating.

Gembira dua beradik ni bila mak dan ayahnya bagi join trip kami ke Cherating, walaupun awalnya tak jadi. Hidup ini ana yang punya!

Kak Wa tak habis lagi dengan ceramahnya, walaupun kami dah nak berangkat. Dah la tu Kak Wa.. Sapa nak dengar? Cik Kamel Jiwa Kacau yang tak boleh nak decide, nak folo ke tak sehingga melambatkan perjalanan lebih kurang 20 minit.. Memang la jiwa kacau...

Nampaknya Kak Wa tak puas hati tak dapat g.. Sabar Kak Wa.. kerja perlu diutamakan..
Huwa huwa!

Cik Ajak, tak mampu menahan airmata sebab tak dapat ikut.. Cian dia..

Team ke Cherating 2009 disertai oleh 2 buah Vios, satu Waja dan 1 Viva.. Viva Selangor!!

Cik An dan Iman dalam keta. Baju merah Ika. Terpaksa import Ika sebab Najah dah mondoss giler sebab 'kangen' kat mak ayah dia.. Siap nangis lagi. Nasib baik ada Ika.

Yearrrrghhh!!! Dah sampai!!!

Team Junior Cherating 2009 bergambar dengan pakaian menutup aurat (sebelum bertukar pakaian yang tak cukup kain untuk aktiviti renang).

Tu dia.. Kolam renang memanggil-manggil..

Fahim dan Hakimi, antara perenang terawal yang masuk ke kolam dan yang terakhir naik. Hebatnya kedua-dua perenang muda ini. Lebih2 lagi Fahim yang tidak memerlukan pelampung pun!

Si cilik Amani, dengan pelampung Spidermannya yang membantunya terapung. Namun, hayat pelampungnya itu dengannya tak lama. Ucu Peical menamatkan riwayat pelampung itu melalui satu teknik mudah, yang dinamakan "Hikmat Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya, Kalau Tak Dipecahkan Pelampung, Manakan Dapat Ganti Yang Baru.." Kan Ucu?


Ika yang pura-pura tak pandai berenang supaya diselamatkan oleh Ikram. Sedangkan dialah perenang paling laju dan terror, dan pandai berenang seperti seekor duyung. Ikram pula, masih perlu banyak berlatih, kerana belum pun sampai stage berenang seperti dugong, iaitu stage pertama.

See? Betul tak cakap Cik An? Ketara Ikram perlu mendalami Hikmat Pernafasan Puteri Duyung daripada Ika.

Cik Bu sedang melatih Akid dengan teknik pernafasan Maharaja Dugong.

Nice pic! Terserlah kegeraman Aina terhadap Ika..

Ucu Peical dengan penuh gaya mempamerkan Hikmat Senyuman Besi Berani!!


Iman dan Aina dah penat...

Berakhir episod satu.

"Catatan Pengembaraan"

Cik An

Cherating Bayview Resort
Kuantan
Pahang