Wednesday, December 24, 2008

I am back and free!!!

Salam semua,

Akhirnya, berjaya juga ku sudahkan xm ku.. Sekarang tinggal fokus pada assignment dan jugak project paper.

Untuk makluman, sambil2 I siapkan project paper, I ada buat sales sikit2. Jual baju2 Sri Munawwarah. Baju t-shirt labuh paras lutut. Ada size S to XL. 4 kaler. Bantu member2 bisnes.Boleh la beli. Chantek dan simple, kainnye pun best. Kat luar RM39.90. I jual RM35 jer.. Sedara2 ku yang berminat bolehlah kontek2 I. 012-2929269 or 019-2647640.

Kaylah. Jumpa lain kali. Babai!!

Tuesday, December 16, 2008

Aina

MyHeritage: Look-alike Meter - Dynasty - Family search



nie...pengantin kecik.....camne???ok??

Saturday, December 13, 2008

Doakan kejayaanku..

Letihnya baca buku..
Exam hall yang menyeramkan..
Salam sumer,

Insyaallah, 17hb dan 20hb Disember ni, Kak An akan bertempur untuk peperiksaan final sarjana (LLM) dalam pentadbiran undang-undang Islam di UIA. Minta semua tolong doakan kejayaan saya. TQVM.

Insyaallah, pencarian ilmu saya mungkin tak akan tamat di sini. Berkat doa semua orang, insyaallah akan ku teruskan sebelum mataku tertutup buat kesekian kalinya.

Tuesday, December 9, 2008

Diari 1 - Happy Scary Birthday to Iman

Salam semua,

Heheheheh.. Kelakau la bila ingat party harijadi Iman, anak Kak Wa yang kedua.. Sejak2 program surprise untuk Nenek Nil itu hari, saja la nak meneruskan program2 surprise ni. Jadi, masa birthday Iman on 7hb Dis 2008, Kak An beli la kek cantik untuk Iman. Sebelum kitorang surprise kan dia, kitorang main tutup2 mata dan carik orang. Penat lah kitorang mintak Iman tutup mata, dia tak nak2, sampai merajuk minah tu.. Bila dia dah merajuk, kitorang pun nyanyilah ramai2. Punya lah terharu dan terkejut, sampai melalak2 tak hingat dunia.. heheheh... elok2 nak wat happy birthday, jadi scary birthday.. hahahaha...

Agaknya,kalau 20 tahun lagi, Iman boleh baca tulisan Cik An ni, tentu dia malu dan sengih sensorang.. Hahahahah.. Apapun, Happy Scary Birthday lah Iman!!! Hip hip hoorayyyy!!!


Itom tengah mencari mangsa masa main tutup dan cari..

Turn Ika pulak cari mangsa..

Birthday girl merajuk..
Kek Iman yang cantik..

Birthday girl dah bertenang..

Pheewitt!!! Atuk dan Nenek mengimbau kenangan lampau, makan bersuap.. hehehhe..

SALAM AIDIL ADHA 1429H/2008


Salam semua,

Lama tak menulis di blog ni, sejak2 Kak An ada blog baru.. kalau rajin, adik2 semua bolehlah singgah di nurhanisalwa.blogspot.com. Semalam baru jer lepas semua umat Islam seluruh dunia meraikan Hari Raya Aidil Adha. Kat kampung jer, 7 ekor lembu tumbang.. masing-masing nak berkorban.. Alhamdulillah..

Tahun ni, tak sempat nak fikir cari lembu, jadi kebetulan sahabat baik Kak An, Ustaz Muhamad ada program korban di Kemboja, jadi terus lah kirim 4 bahagian untuk korban kat sana.. lagipun, rasanya, lebih baik korban di sana, sebab penduduk di sana miskin.. kat Malaysia ni, kita agak mewah. Hari2 dapat makan daging, ikan, telur.. Alhamdulillah.

Tahun ni, Kak An buat sembahyang raya berjemaah di rumah dengan kaum2 ibu dan anak2 buah kitorang. Rasa syahdu gak masa alunkan takbir dengan diorang.. pertamanya, sebab terasa masa berlalu cepat sangat.. dah besar dah anak2 buah kak an, dah pandai solat dan takbir raya. keduanya, sebab rasa kak an dah makin tua, tak tau apa yang diri ni dah korbankan untuk Islam.. isk!isk! Alhamdulillah.. kerja di Majlis Agama Islam.. mungkin dapat la bantu Islam sedikit sebanyak, walaupun tak banyak mana..

Maybe adik2 dan saudara2 kak an semua, boleh mula fikirkan apa yang kita nak korbankan untuk Islam.. Pengorbanan ada 5 peringkat; untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk negara dan untuk ummah.. Sempena raya Qurban nih, boleh lah kita renung sejenak apa pengorbanan kita untuk kelima2 peringkat pengorbanan. Semoga kita semua tergolong dalam hambaNya yang berkorban untuk Islam.. Aminnn..

Berkorban apa saja, Harta atau pun nyawa, Itulah kasih mesra, Sejati dan mulia....
(Lirik lagu Berkorban Apa Saja oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee)