Saturday, April 2, 2011

Diari : Selamat Menunaikan Umrah Cik Intan..

Assalam semua,

Sangat lama tak hapdate blog Hayshah. Sebab tak sempat. Macam mana orang laki boleh kawin lebih dari satu, sedangkan diorang memang tak sempat nak beri masa untuk seorang?? Oops!! Soklan tak ada kaitan, tapi aku sajer jer.. nak panaskan blog nih..:P


Tadi Haysyah Family wat surprise kat Cek Tan. Dia nak gi umrah Ahad ni. Kami senyap-senyap pakat nak wat bacaan doa selamat kat umah dia. Tapi kami bawak makanan siap-siap. Kami komplot dengan suami beliau, Paman Izzi. Tu diaaaaa!! Memang dia terperanjat dan of course terharu. Tak sangka dengan kejutan yang kami buat.

Anyway, majlis berjalan lancar. Doa dibacakan oleh Imam Zaini. Mudah-mudahan Cek Tan dapat melaksanakan ibadah umrah dengan baik, dipermudahkan, pergi dan kembali dengan selamat, dan dapat umrah yang mabrur..

Seyes! Rasa nak follow jerr.. Dok dalam beg.. Rindu nak ziarah rumah Allah.. Tapi.. Bila fikir-fikir.. tak jadi.. sebab.. Syian Cek Tan..Bayangkan? Dia kena tarik aku..:P


"Rindu Allah"
Hunny
Shah Alam
Cek Tan, so happy with the crowd and surprise gathering..:)        
Aminnn..
Doa selamat untuk yang pergi dan yang tinggal.
Cek Tan with MJ.
Bergambar kenangan bersama Hajah Cek Tan.

My lovely cousins..:P

Monday, February 8, 2010

Diari - Majlis Aqiqah Wan Ranya Aishah


Salam sedara mara ku,

Lama daku tak update blog ni. Last sekali Kak An update masa kami sekeluarga ke Cherating last year. Gambar2 masa di Janda Baik pun belum sempat upload lagi. Ni nak update family pic yang kak An ambil masa majlis aqiqah dan cukur jambul Wan Ranya Aishah, ahli keluarga Hayshah yang baru. Seronok juga bila lama tak berkumpul. Meriah rasanya. Syok tengok wajah-wajah ceria pada malam tu, walaupun ada jugak yang tak dapat datang sebab ada komitmen lain.

Tahniah kepada Mdam Shirley dan Wan, atas kelahiran Wan Ranya. Semoga menambahkan lagi kesyukuran kalian kepada Yang Maha Pencipta dan semoga Ranya menjadi anak yang solehah kelak.

Buaian Wan Ranya yang dihias indah.

Sweet kan these two brothers? Black n white brothers.

My mom dengan kakang. Ceria bersama.


Kak Wa, kak An yang mengantuk sebab seharian berprogram dan Wak jah.

Dari kiri: Cibu, Akid, Uda, Ajak, Amil, Abang Ajib.

Enn dan Dura yang comel dan sangat pandai bergaya depan kamera.

Dari kiri : Nina, Cik Ani, Paman Izzi dan Nuri, Cik Nil, Paman Idol dan Cik In (mak Yong).

Meimei, farid, Cik Ati, Nina.

Dari kiri : Epi, Tikah, eti, kak idah dan Fahim. Belakang dari kiri: Amani, Cik eli, Cik Nora (mengantuk).

My other pic yang dah mengantuk sebab kenyang makan nasi Arab.
Dari kiri: Epfi, Tikah, Kak An, Eti.

Dari kiri: Uda, ajak, Haris, Abang Ari dan Cibu.

Chantek takk?

Hiasan di atas meja. Class!!

Tuan Rumah Wak Din bersama cucu-cucu kesayangan.
dari kiri : Najah, Ika, Tok Din, Aina dan Iman.

Inilah pengantinnya..

"Kenangan Terindah"

Kak An
Shah Alam

Monday, December 28, 2009

Diari - Cherating 2009 Part One

Salam semua,

Lama betul blog ni sunyi. Tak ada sapa nak update stories or upload gambar. Kebetulan Kak An tengah cuti, banyak la masa untuk mengarang.

Kali ni, nak story pasal percutian Kak An, mak tersayang, adik ternakal (Peical), Abang Ari n family, Cik Bu n family dan Kak Idah n anak-anak. Kesian Cik Ajak, Cik In dan Cik Kamel yang nak ikut, tapi tak dapat kerana masing2 ada komitmen dengan karier masing-masing.



Cik Farid poyo berpesan kepada Iman, tetapi Iman macam nak lari jer.. Agaknya takut ayahnya tarik masuk dalam keta, terus tak dapat g Cherating.

Gembira dua beradik ni bila mak dan ayahnya bagi join trip kami ke Cherating, walaupun awalnya tak jadi. Hidup ini ana yang punya!

Kak Wa tak habis lagi dengan ceramahnya, walaupun kami dah nak berangkat. Dah la tu Kak Wa.. Sapa nak dengar? Cik Kamel Jiwa Kacau yang tak boleh nak decide, nak folo ke tak sehingga melambatkan perjalanan lebih kurang 20 minit.. Memang la jiwa kacau...

Nampaknya Kak Wa tak puas hati tak dapat g.. Sabar Kak Wa.. kerja perlu diutamakan..
Huwa huwa!

Cik Ajak, tak mampu menahan airmata sebab tak dapat ikut.. Cian dia..

Team ke Cherating 2009 disertai oleh 2 buah Vios, satu Waja dan 1 Viva.. Viva Selangor!!

Cik An dan Iman dalam keta. Baju merah Ika. Terpaksa import Ika sebab Najah dah mondoss giler sebab 'kangen' kat mak ayah dia.. Siap nangis lagi. Nasib baik ada Ika.

Yearrrrghhh!!! Dah sampai!!!

Team Junior Cherating 2009 bergambar dengan pakaian menutup aurat (sebelum bertukar pakaian yang tak cukup kain untuk aktiviti renang).

Tu dia.. Kolam renang memanggil-manggil..

Fahim dan Hakimi, antara perenang terawal yang masuk ke kolam dan yang terakhir naik. Hebatnya kedua-dua perenang muda ini. Lebih2 lagi Fahim yang tidak memerlukan pelampung pun!

Si cilik Amani, dengan pelampung Spidermannya yang membantunya terapung. Namun, hayat pelampungnya itu dengannya tak lama. Ucu Peical menamatkan riwayat pelampung itu melalui satu teknik mudah, yang dinamakan "Hikmat Kalau Tak Dipecahkan Ruyung, Manakan Dapat Sagunya, Kalau Tak Dipecahkan Pelampung, Manakan Dapat Ganti Yang Baru.." Kan Ucu?


Ika yang pura-pura tak pandai berenang supaya diselamatkan oleh Ikram. Sedangkan dialah perenang paling laju dan terror, dan pandai berenang seperti seekor duyung. Ikram pula, masih perlu banyak berlatih, kerana belum pun sampai stage berenang seperti dugong, iaitu stage pertama.

See? Betul tak cakap Cik An? Ketara Ikram perlu mendalami Hikmat Pernafasan Puteri Duyung daripada Ika.

Cik Bu sedang melatih Akid dengan teknik pernafasan Maharaja Dugong.

Nice pic! Terserlah kegeraman Aina terhadap Ika..

Ucu Peical dengan penuh gaya mempamerkan Hikmat Senyuman Besi Berani!!


Iman dan Aina dah penat...

Berakhir episod satu.

"Catatan Pengembaraan"

Cik An

Cherating Bayview Resort
Kuantan
Pahang

Saturday, June 27, 2009

Diari - SURPRISE FOR ME?? UNBELIEVEABLE!!

Whoaaaaa!!! Surprise!! Tak ku sangka, diam2 rupanya Kak Wa dan makku bersekongkol untuk mengadakan surprise untuk birthday kak An pada 26 Jun tahun ini.. Hahaha.. Hampess toll!! Sesungguhnya aku memang tak tau, sebab aku letih gilerrrr balik dari ofis. Meeting pagi petang.. Kak wa ajak tido umah dia, katanya Abang Farid gi mancing. Kebetulan housemate aku sumer tak ada, jadi aku tido sorang2.. macam tak best plak. Jadi bila dia ajak, aku kata ok." Tapi lambat sket. Kol 9.30 malam" Kataku. Kol 9.15 dia telefon, tanya aku kat ner. Aku cakap " Kat umah lagi kak. Kol 10 la aku sampai. Apasal ko asik telefon jer? Takut sangat ker dok umah tu?" tanyaku. Dia cakap, "Cepatlah cik Ann!"Aku kata aku tengah basuh kain dan packing nak ke Johor esok. Dia mintak aku cepat. Aku tak terfikir plak diorang nak wat surprise.

Aku sampai umah Kak Wa dalam kol 10.05 malam. Aku tengok umah dia gelap. Dalam hati aku kata" Hek eleh. Memang penakut tol Minah ni. Dah tido dah."gerutu hati aku. Aku ketuk pintu dan memberi salam. "Assalamualaikum". Tak lama lepas tu, Kak Wa bukak pintu. Terus hidung aku tercium bau durian. "Ei! Ko beli durian ke kak? "tanyaku. "Ha ah"jawabnya ringkas. Aku pun terus masuk tanpa menghiraukan bau yang mnyengat2 kat hidung. Tetiba...

"Happy Birthday to u, Happy Birthday to u, Happy Birthday to Cik Ann gemokk, happy birthday to uuuu..." nyanyian adik-beradik ku, pakcik makicikku, anak-anak sedaraku dan sepupu-sepapatku. Whoooaaaa!! It was a surprise birthday celebration for me! Siap Abang Farid yang dikatakan gi mancing pun ada sama.. hehehehe.. lawak tol. Macam ner aku boleh tak perasan langsung. Betul2 surprise la! Selalu aku yang wat kat orang, tetiba time aku kena, aku memang tak perasan langsung.

Apapun,Terharu siottt!!! Terima kasih la kat korang, especially Kak Wa n d gang, Makku Sayang, Cik Ya, Cik Intan n d gang, Cibu and d gang, Peical, Uda. Tahniah kepada pelakon utama, iaitu Kak Wa, kerana berjaya membawa watak dengan baik. Life is real;y full of surprise.. Hehehe..

Yang terkejut,

Kak Ann
Seksyen 19, Shah Alam
27hb Jun 2009

Saturday, May 23, 2009

jom..jom..jom...hebohkan blog kita

elo2..mana korg ni?wahai semua sedara maraku jom la singgah gak kat blog k.in yg baru je launching bulan lepas.norinasalehajamaluddin.blogspot.com

tata sumer...

Thursday, February 12, 2009

Kenangan Lalu - Cik Inn's Wedding

Salam semua,

Sajer nak kongsikan gambar2 masa Wedding Cik Inn kita. Tak ingat tarikhnya bila.. I pun cuma ingat kechomelan pengantin perempuannyer ajer.. Chomel sangat!! Nak tau rahsianya? Sebab Cik Ann yang make up kan!! Hahaha.. Sabar jer lah.. Anyway, to Cik Inn dan Cik Ajak, moga berbahagia selalu, dan sentiasa dimurahkan rezeki dan cepat2 dapat baby.

Sapa paling chomel?

Penuhnyer gambar ni..

Amacam? Cun tak i?
Flower girls Cik Inn yang chomel-chomel..

Penuh sesak ruang tamu dengan rombongan pengantin lelaki.

Saat-saat diijabkabulkan.. Sure berdebar beb!!

Senyum macho terpancar di wajah Ajak, yang lama menanti hari bahagia.. Yes! Yes! Yes! Akhirnya Cik Inn menjadi milikku..

Senyuman manis Cik Inn sejurus selepas diijabkabulkan dengan Cik Ajak.. Congrats Cik Inn!!