Tuesday, January 27, 2009

Setahun sudah berlalu....

Salam semua,

Pada 26 januari 2009, genap setahun nenda tercinta, allahyarhamah Siti Aisyah Jawahir,meninggalkan kita semua. Al-Fatihah untuk arwah beliau, semoga rohnya sentiasa dilimpahi rahmat Allah swt. Saya attachkan di sini gambar2 yang sempat saya rakamkan semasa hayat beliau. Sama-sama kita doakan mudah-mudahan roh arwah nenda Siti Aishah dicucuri rahmat.


Nenek tetap ceria menyambut tetamu yang hadir berkunjung ke rumah raya 2007.




Nenek memang suka bersembang. Nenek Kamar adalah salah seorang geng sembang beliau. Time mengurut, tangan mengurut, mulut bersembang. Hehehe..


Nenek menanti tetamu lain hadir.. Mana lah diorang ni tak sampai2... Ngantuk dah ni..


Semasa menziarahi adinda beliau di Teluk Gong pada tahun 2007.
Sapa-sapa yang ada gambar kenangan dengan arwah nenek, share lah kat sini. Boleh la buat koleksi.





Hayshah Family - The Saga Continues.. (Part 1)

Salam semua,


Sepanjang Tahun Baru Cina 2009, Cik Ann menghabiskan masa di Kampung bersama my beloved parents and family. Cuti 4 hari beb! Tak ke mana pun, even cuti lama.Kebanyakan masa yang kosong, Cik Ann berbual dan bersembang dengan mak. Banyaklah cerita2 riwayat dan sejarah silam pasal family hayshah yang mak i ceritakan. Then, I decided to write this article to let other family members know about our origin, and to preserve the history of our family especially our late grandparents, so that it wont be forgotten and remembered by us and our next generations.


Menurut my mum, dulu, arwah nenek dan atuk (Siti Aisyah dan Hayroni) bukanlah dari golongan orang yang senang. Arwah atuk pun tidak ada pendapatan tetap. Mereka sekeluarga duduk di sebuah rumah kayu di belakang kampung. Kalau nak tengok gambarnya, ada diabadikan oleh Wak Din (hasil karya Opah Intan). Ziarahlah rumah mereka di Shah Alam kalau nak tengok. Arwah nenek turut membantu keluarga dengan menoreh getah di kebun. Time tu, Wak Wedok lah yang tolong arwah nenek motong getah. It means, dua generasi, (arwah nenek dan my mom) kedua2nya sama-sama menjana pendapatan keluarga. Hasilnya, patutlah dalam family hayshah, kebanyakan wanitanya berkerjaya. Follow their footsteps gamaknya. Wak Wedok ada bagitau, time tu, lauk yang biasa diorang makan sama ada kuah lemak or ikan masin dengan nasi putih (sebab kelapa banyak agaknya). Memang sangat sederhana. Beza lah dengan kita sekarang.Kalau boleh 10 lauk atas meja...


Lepas my mum kawin dengan my dad, my parents moved duduk kat umah sebelah umah Wak Saroji. Time tu, my mom kata, setiap minggu my dad mesti akan hantar ubi or keledek kat umah arwah atuk and nenek. Every week, my dad merempit naik vespa (time tu, agaknya motor tulah paling stylo, tu pasal my mom tergoda...huhu) g ke umah arwah nenek and atuk. Kita sekarang, bukan vespa lagi, keta hebat2, nak balik kampung seminggu sekali pun susah (termasuk lah Cik Ann.. huhu). Apalah nak jadi ek?


Pastu, dapat tender buka kantin di sekolah Sri Tanjung selama 7 tahun. Time tulah baru ada chance nak kumpul duit sket. Dapat lah beli tanah sket. Time tu tanah murah gilerrrr.. Boleh bayangkan, arwah nenek beli tanah kebun cuma RM100? Hehehehe.. Sekarang, RM100, tanah kubur pun belum tentu dapat.. Tapi, tanah kubur free laaaa... Ahaks!


Pastu my mom ada cakap jugak, arwah Atuk berasal dari Indonesia, Jawa Tengah. Katanya lagi, Wak Din, lepas dapat upah buat masjid Kg Sg Pinang, di Kapar, dia ada tanya kat arwah Atuk, nak g haji dulu ker or nak g Indonesia dulu, dia nak sponsor (sebab ada saudara-mara arwah atuk yang masih ada di sana). Arwah atuk kata, "kalau belum pergi haji, aku tak nak gi tempat lain dulu". Jadi, arwah atuk pun get ready lah untuk menunaikan Haji. Time tu, sapa-sapa yang nak menunaikan haji, kena naik kapal laut, 3 bulan pegi, 3 bulan balik. Lama kan? Lama tu nenek tunggu atuk.. Setengah tahun tuuu.. Unfortunately, sad but true, arwah atuk tak balik2 pas tu, sebab beliau lebih disayangi Allah dan meninggal di kota Makkah. Isk!Isk! AlFatihah untuk arwah atuk dan nenek..


My mom citer setakat ni jer.. kalau ada sapa2 boleh bagi input tambahan, atau mengkoreksi fakta2 yang silap, sudi2kanlah, untuk memastikan sejarah dan cerita hayshah family adalah yang benar2 berlaku sahaja, untuk dikongsi dan disebar pada generasi akan datang. Insyaallah, kalau ada kelapangan, saya akan sambung cerita ini.

Monday, January 26, 2009

Memori 2 - Ziarah si chomel..









Salam semua,

Saja saya attach gambar2 sewaktu kami menziarahi Akid, (anak Bro Labu) yang kena tahan di wad Hospital Colombia tahun lalu kerana penyakit athma. Seronok tengok Akid yang happy bila sepupu-sepapat dia datang jenguk.

Yang penting, pada Cik Ann, aktiviti seumpama ini kena buat selalu, pertamanya sebagai tanggungjawab yang digariskan di dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan bahawa hak-hak seorang Islam ke atas seorang Islam yang lain ada 6, dan salah satunya adalah menziarahinya ketika saudaranya itu sakit.

Kedua, untuk menguatkan ukhwah di kalangan saudara-mara.
Ketiga, perlu beri pendedahan kepada kanak-kanak yang chomel ini dari usia mereka setahun jagung, kepentingan menziarahi saudara-mara dan kawan2 yang sakit. Jadi mereka dah biasa.

Keempat, kita dapat beri kegembiraan kepada saudara kita yang sakit, walaupun mungkin hanya sekejap saja. Bukankah menggembirakan hati saudaranya satu amalan yang baik?




Dalam lif hospital pun sempat posing.. Almaklumlah, nak lawat celebriti..


Sibuk nampak kanak-kanak chomel ni, tapi nak tengok Akid ke tengok Aina?


Hmm.. akhirnya diorang dapat kesan sapa yang sakit sebenarnya.. Muka masing2 pun jadi poyo jer, tak tau la sama ada diorang risau dengan keadaan Akid ker, atau kagum tengok topeng Akid yang macam Mask Rider. Hehehe..

Bersungguh2 Itom cuba memahami apa yang diceritakan oleh Akid. Buat2 paham jerlah bang Itom. Bagi feel good kat Akid tu..Banyak dia nak cerita.. lama dah dia dalam wad ni..

Sekarang turn Mama plak cerita..

Keadaan wad yang penuh sesak dengan kanak-kanak chomel..Yang masih hisap susu pun ada daa...

Mengabadikan gambar kenangan di hadapan hospital bersama warden bertugas (Cikgu Jamal) , guru disiplin (Kak Idah) dan tourist guide (Cik Kamel)

Sekian. Moga aktiviti ziarah-menziarahi ini diteruskan.








Wednesday, January 14, 2009

Jaguh

Jagoan Kampung Raja Musa..


Salam semua,

Saje nak mengabadikan aksi-aksi si jaguh, ayam serama kami yang memang kiut sekemiut.. hehehehe...

Pandangan dari atas.. Debab kan? Macam tuannya jugak.. Ucu.. Hahaha..


Pandangan sisi, debab jugak lerr.. hehehehe..

Tuesday, January 13, 2009

Bila nak gather together gether


Salam semua,

Rasa macam dah lama la kita semua tak ada gathering. Last kita gathering was masa surprise party kat umah cik nell. pastu masing-masing dengan haluan sendiri. Kalau ada sesapa yang nak wat program pun, ok jugak. Jangan lupa bagitau. Rindu plak kat korang..
Kat sini I attach gambar raya tahun 2007 untuk tatapan..

Posing maut..

Inilah satu2nya trade mark kita. Masuk mana-mana umah jer, gerenti umah tu penuh..

Gambar kenangan arwah nenek.. Isk!Isk!


Dah besar2 anak buah Cik Ann..

Saturday, January 10, 2009

Real terrorist..

Zionis@israel is the real terrorist.why the world wont stop them when it happen to muslim but when muslim doing something to protect their right they called terrorist..
Why this inhuman action didnt stoped..
guys..
stop buying product from them to reduce their ammunition to killed human.
make their economy reduced drastically.this 1 of the way to stop them.
stop terrorism....!!!!

Wednesday, January 7, 2009

Anti Israel - They are animals!!

To all the Israelis soldiers who still attacking Palestinians,

You're animals!! Devils!! Evils!! Satan!! What else I can say? No human could do this.. Ya Allah.. Please forgive me, for not able to help the Muslims there.. Ya Allah.. Please save them, for I am too weak to do so..

To all Muslims, let's pray for the Palestinians people. Also pray our last respect for all victims of war.. Al-Fatihah..


So horrible.. She's too young to suffer this..
May Allah bless u my dear..

Cek Kamel d Pizza Maker..

Aksi menarik Cik Kamel semasa buat pizza @ dalam bahasa Jawanya, lempeng!!

Lempeng @ pizza yang dihasilkan, sebelum dibakar. Nampak sedap kan? Memang sedap pun!! Gambar selepas tidak dapat dirakamkan kerana tak sempat, pizza dah habiss!!

Tuesday, January 6, 2009

Pizza Frenzy!!

Yum! Yum!

Salam sumer,

Sapa2 nak order piza, boleh lah order dari Cek Kamel Hassan, graduate IT kita. Rupa2nya ada bakat terpendam cik abang kita ni.. Baru2 ni dia tunjuk skill wat pizza.. Yum yum!! Sedapnyer!! Boleh lah lain kali kita kenduri wat western food.. Cik In dah pandai wat spaghetti.. Cik Ya and Peical boleh tolong potong cheesenya.. Cik An plak?? I tolong rasa sedap ker tak, kira ok la tuh!! Nanti I sempat, I tunjukkan gambarnyer.. Chiaw!!

Monday, January 5, 2009

Antara mengantok dan nak tido..





















KELUARGA INI SEPERTI MUZIK DIHATIKU...




Assalamualaikum..

Nak bermadah lebey2 pon tak pandai..nak cite panjang lebar pon mcm tak tahu..tapi harap sume paham lah maksudnye..Keluarga HAYSYAH ini sgt bermakna dlm hidup ku...Sayang kamu sumer...


Kau muzik di hatiku
Kan nanti suatu hari
Kau kan tahu rahsianya
Dalam mimpi kau temui

Senyum tawa bahagia selamanya
Kaulah harmoni teman melodi
Yang bergema dalam diri
Ikhlas suara yang terindah
Mencipta pusaran

Oh yang menarik ku

Kapanku dengar laguku
Pasti kau kasihku
Kau muzik di hatiku
Semadi dalam kita

Lamar kita seni
Kau muzik di hatiku
Seperti kau sudah ku kenal

Tak perkasa
Tak mungkin terungkap

Nyanyikan bisikan sukma
Tersangat mudah
Kerana yang terlihat
Diriku yang hakikat

Yang tak siapa selami
Suaramu yang terindah
Terbukti setia
Kau nyanyi untuk ku

Kapanku dengar laguku
Pasti kau kasihku
Bersama kita laung
Apa yang kita rasa
Dan percaya
Di jalan benar
Cinta yang terpancar