Wednesday, September 24, 2008

Malam 25...

Salam semua sedara maraku yang diingati..

Pejam celik, pejam celik dah 24 hari kita puasa. Means, dah 26 hari sejak kita punya haysyah family day.. rasa sekejap sangat.. tak sedar masa berlalu.. cepat sangat.. rasa macam baru jer main tiup2 belon dalam air dengan u alls dan baling kelapa.. tup tup, lagi lebih kurang 5 hari nak raya.. Isk!

Harap2 kita semua dapat memanfaatkan setiap hari di dalam bulan Ramadhan. Bukan setakat jaga puasa ajer, ibadah2 lain pun kena jaga juga.. especially solat, kena jaga, yang sunat pun buat. Lebih baik kalau berjemaah, yang lelaki di masjid, yang perempuan di rumah. Yang bujang pulak, rajin2 lah ke masjid, nanti dah kahwin, dah sibuk dengan family, anak2, susah nak spend masa untuk ke masjid. Qiyamullail pun buat, especially 10 malam terakhir.. sebab ada malam bonus untuk semua yang berjaga malam. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.. mana ada company nak bagi 1000 bulan bonus? Lingkup la company tu.. hehhehehe...

Zakat fitrah jangan lupa pulak. Pasal zakat fitrah ni, Cik Ann nak kongsi satu benda. Kadar fitrah Selangor RM5.20. Itu sebenarnya kadar minimum fitrah, setelah diambil purata harga beras yang dimakan oleh semua umat Islam di Selangor, sama ada yang kaya atau miskin. Kalau diikutkan pada pendapat ulama fekah yang kuat, harga fitrah yang sepatutnya dibayar adalah harga sekilo beras yang biasa dimakan oleh seseorang dan didarabkan dengan 2.7kg. Contohnya, kalau sekilo beras yang keluarga Dato' Din makan berharga RM5, maka kena darabkan dengan 2.7kg, jadilah nilai sebenar fitrah untuk seorang ahli keluarga Tuk Din Rm13.50. Kalau macam Wak Mah dan Tuk Janggut, katalah harga beras yang biasa kitorang makan bernilai RM4 sekilogram, kali dengan 2.7kg, jadilah harga fitrah seorang ahli keluarga Wak Mah dan Tuk janggut RM10.80. Kalau nak faham lebih lanjut, layari ustazamin.com. adalah penerangan lebih lanjut pasal kadar fitrah. jadi, sapa2 yang berasnya lebih mahal, kena lah bayar lebih..

Mmmm.. enough for zakat fitrah.. jangan lupa, raya nanti, kita baraan raya kedua, cuma maybe tak banyak umah sangat nak ziarah.

Cik Ann cadang, kita ziarah kubur nenek ramai2.. sedekahkan fatihah untuk nenek.. maklumlah, first time raya tanpa almarhumah.. Huhu.. sedih la plak.. Al-Fatihah..

Kaylah. Insyaallah, ada masa Cik Ann menulis lagi. Harap2 sedara mara semua rajin2 lah baca... Sampai ketemu lagi.. Daaaaaa...

Friday, September 19, 2008

Assalamualaikum W.B.T..
Syukur kehadirat ilahi dengna limpah kurnianya dapat saya sempurnakan blog berunsurkan kekeluargaan yang insyallah akan diselitkan sedikit unsur-unsur nasihat dalam kekeluargaan, hubungan dalam keluarga,teknik mengekalkan hubungan kekeluargaan dan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kekeluargaan. Di harap, dengan wujudnya blog ini, ukhwah antara saudara mara dan ahli keluarga akan lebih akrab. Ia juga sebagai tempat kite berbincang mengenai sebarang aktiviti seandainya hendak mengadakan sesuatu aktiviti seperti hari keluarga yang telah dijalan kan sebelum ini. Dalam blog ini juga akan saya cuba paparkan salasilah keluarga HaySyah ini beserta dengan generasi mereka dalam keluarga ini.